Monday, October 2, 2017

BAGAIMANA KITA NAK SOLAT DENGAN SEMPURNA & KHUSYUK ?

Assalamualaikum semua. Hari ini  Cik Zie nak kongsi sebuat ebook yang amat berguna bagi anda yang beragama ISLAM. Bagi orang Islam, Solat merupakan tiang agama. Rumah yang tiada tiang pasti runtuh.  Bergitulah kita yang beragama Islam telah diwajibkan untuk bersolat 5 waktu setiap hari.


Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut , Ayat 45 :
"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

Solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, pada hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang mengerjakan solat, tetapi masih lagi melakukan perkara-perkara yang buruk.


Mengapakah perkara ini boleh terjadi?

Para ulama berpendapat, "Solat" yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang diterima Allah. Manakala, solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang mengerjakannya.


Bagaimana Untuk Solat Dengan Khusyuk?

Ustaz Hassan (Prof Madya Dr. Hasnan Kasan) penulis Buku & Ebook  “Rahsia Solat” berkongsi dengan kita.
Di dalam 13 rukun solat, terdapat 3 kategori rukun. Rukun Fi'li (pergerakan), Rukun Qouli (bacaan) dan juga Rukun Qalbi (hati). Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, ketiga-tiga elemen solat ini perlu dilakukan dengan betul dan sebetul-betulnya.

Bacaannya perlu tepat dan diselami maksudnya, perbuatannya juga perlu selaras seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kesedaran, kehadiran dan tumpuan sepenuh hati ketika solat, akan menjadikan setiap solat yang dikerjakan penuh bermakna dan berbekas nikmatnya di dalam diri.

Jika semuanya itu dapat dilakukan dengan sempurna, Insya Allah, pasti amalan solat kita diterima Allah dan benteng diri terhadap godaan nafsu dan syaitan untuk melakukan perkara-perkara keji dan mungkar dapat diperkukuhkan.

ANDA NAK TENGOK VIDEO INI : KLIK DI SINI "TENGOK VIDEO"

Ustaz Hasnan Mengupas Perkara Ini Dengan Lebih Mendalam.. dan berkongsi dengan kita…

Prof Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, adalah merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan lulusan Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat selama beberapa tahun dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat".

Di dalam ebook Rahsia Solat, anda akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan solat. Dari topik pengenalan tentang keistimewaan solat, kunci-kunci untuk khusyuk dalam solat, penerangan secara terperinci tentang maksud bacaan-bacaan dalam solat serta apakah kesan-kesan yang akan diperolehi apabila seseorang itu dapat mengerjakan solat dengan sempurna dan terbaik.

 

Isi Kandungan Ebook "Rahsia Solat" merangkumi  :

Ianya adalah setebal 95 mukasurat, dan di dalam format PDF.

Bab 1 : Hukum Solat
Solat Di Sisi Fuqahak
Keistimewaan Solat
Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat
Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat Selepas Mat
Kedudukan Solat Dalam Kehidupan
Enam Kunci Khusyuk Solat

Faktor-Faktor Penting Yang Membawa Kepada Khusyuk Dalam Solat

Bab 2 : Bacaan-Bacaan Dalam Solat
Doa Iftitah
Al-Fatihah
Tasbih Ketika Rukuk
Tahmid Ketika Iktidal
Tasbih Ketika Sujud
Doa Ketika Duduk Antara Dua Sujud
Doa Tasyahud/Tahiyyat
Doa Qunut
Amalan-Amalan Solat
Beberapa Adab Solat

Bab 3 : Kesan Solat Yang Ditunaikan Dengan Sempurna Zahir Dan Batin
Menghapus Segala Dosa
Mendidik Anggota Mempraktikkan Akhlak Mulia Dan Menghalang Daripada Melakukan Perbuatan Keji Dan Mungkar
Beroleh Ketenangan Dan Kerehatan
Membangkitkan Semangat Melakukan Kerja Kebaikan Terutama Kewajipan
Berhati-Hati Dalam Tindak Tanduk Seharian Dan Merasai Muraqabatullah
Mendapat Petunjuk Allah Dalam Menentukan Hala Tuju Hidup Dalam Segala Aktiviti Yang Dilakukan
Mengukuhkan Kesabaran Dan Keupayaan Menghadapi Cabaran
Memperkukuhkan Tali Persaudaraan Dan Perpaduan


BELI EBOOK ini ANDA dapat sekali dengan  4 Sesi Video Rakaman SEKALI !! Bestnya…Mudah Kita Nak Faham. Ada  Video….

Selain dari ebook, satu rakaman juga telah berjaya dibuat ketika Ustaz Hasnan mengendalikan "Bengkel Pemantapan Solat" kepada sebilangan pelajar  dari  Universiti Sains Islam Malaysia. Bengkel selama satu hari ini telah berjaya dirakamkan dan dipecahkan kepada 4 buah video.

Video 1 : Pengenalan Tentang Solat
Di dalam video ini Ustaz Hasnan mengupas tentang rahsia-rahsia dalam solat. Memahami maksud kejadian manusia sebagai hamba Allah. Serta bagaimana cara yang sebenar untuk mengerjakan solat mengikut cara nabi.
Durasi : 33 minit

Video 2 : Memahami Bacaan Dalam Solat

Dalam video ini, Ustaz Hasnan membincangkan dengan mendalam maksud-maksud bacaan dalam solat, terutamanya Surah Al-Fatihah. Kita akan mula faham apakah erti sebenar di sebalik setiap perkataan yang kita lafazkan di dalam solat itu.
Durasi : 1 jam, 19 minit

Video 3 : Membetulkan Perbuatan Di Dalam Solat

Pada video ini, Ustaz Hasnan menunjukkan cara mengangkat takbir, rukuk, sujud, dan semua perbuatan dalam solat yang sebenar sepertimana solat Nabi Muhammad S.A.W.
Durasi : 1 jam, 40 minit

Video 4 : Sesi Soal Jawab

Pelbagai persoalan dan kekeliruan tentang solat, telah diajukan oleh peserta bengkel kepada Ustaz Hasnan dan semua persoalan tersebut telah dijawab oleh Ustaz Hasnan dengan jelas menerusi video ini.
Durasi : 50 minit


JOM  dapatkan  Ebook & Rakaman Video Ini sekarang!

dengan anda KLIK di link dibawah ini.....



Semoga perkongsian Cik zie berkenaan Ebook Rahsia Solat ini membantu anda semua dalam beribadah kepada Allah dengan Khusyuk.

No comments:

Post a Comment